Sistem ejen, stokis & dropship untuk bisnes anda.
Urus 10,000+ ejen, order dan stok dari satu platform. Kurangkan kos admin manual. Fokus jual dan kembangkan team.
Daftar sekarangTiada bayaran pendahuluan. Guna percuma, bayar bila ada jualan melalui sistem.
Dibina untuk rangkaian yang besar
Cara tradisional vs sistem BOOMLA
Kalau team dah besar, Excel dan WhatsApp tak cukup lagi.
Tradisional
- Order melalui chat, senang tersilap SKU
- Bayaran ejen susah jejak
- Data jualan tak lengkap
- Perlu lebih ramai admin bila volume naik
Dengan BOOMLA
- Order, stok dan ranking dalam satu app
- Payment gateway dan kurier bersepadu
- KPI, leaderboard dan laporan team
- Komisen dan payslip lebih sistematik
Sesuai untuk brand yang jual melalui ejen
Bukan untuk peniaga solo tanpa team. Untuk founder yang dah ada atau nak bina rangkaian.
Apa yang anda dapat
Semua yang diperlukan untuk urus rangkaian ejen tanpa spreadsheet.
Rank tree & downline
Daftar ejen, tetapkan rank, lihat struktur team dan parent-child dengan jelas.
Order & stok stokis
Ejen order terus dalam sistem. Stok, status bayaran dan fulfillment tercatat.
KPI & leaderboard
Jejak jualan per ejen dan per team. Export laporan untuk review bulanan.
Komisen & payslip
Kira komisen ikut rank. Tanda bayar, statement dan ringkasan untuk team.
App untuk ejen
Ejen order, semak stok dan jualan dari telefon. iOS dan Android.
Bayaran & kurier
FPX, kad, e-wallet. Book Ninja Van, J&T, Pos Laju dan lagi.
Macam mana ia berjalan
1. Daftar sebagai brand
Setup syarikat, produk, rank dan kod pendaftaran ejen.
2. Invite ejen anda
Kongsi kod atau QR. Ejen daftar, pilih rank, mula order.
3. Urus jualan & komisen
Pantau order, stok, KPI team dan bayar komisen dari satu dashboard.
Brand yang guna sistem yang sama
Dari bisnes kecil sampai brand dengan ribuan ejen.
Masa Raya, traffic melimpah dari TikTok, Shopee, app dan website. Sistem handle semua, termasuk team jualan yang ramai.
App Boom Club guna stack yang sama. Payment dan delivery dah connect. Ribuan order pun boleh handle.
Armila Beauty berkembang dengan sistem ini. Pengedaran seluruh Malaysia diurus dengan kemas.
Order online Panaderia Cakes jadi lain. Custom cake order dan urus delivery sekarang senang.
Tonton sistem beraksi
Bulan Bintang urus 8,000+ team jualan dengan platform yang sama.
Bulan Bintang handle 8000+ team jualan
Untuk ejen dan stokis
Nak jual produk brand melalui app? Join melalui kod undangan founder anda.
- Order produk terus dari telefon
- Semak stok, jualan dan sasaran bulanan
- Kongsi link atau QR rujukan kepada pelanggan
Pendaftaran ejen memerlukan kod dari brand atau upline anda.
Komisen yang boleh diaudit
Setiap bayaran ada income statement. Ejen boleh semak summary dan details. Brand boleh jejak unpaid, paid dan KPI dalam satu senarai.
Caj Platform Ikut Jualan
Tiada yuran bulanan. Anda bayar % kecil setiap jualan berjaya. Makin tinggi jualan bulan tu, makin rendah %. Caj payment gateway berasingan.
Angka RM di bawah ialah jumlah jualan bulanan anda, bukan bayaran kepada kami. Kiraan ikut jualan produk (tidak termasuk kos kurier).
Soalan lazim
Ready nak sistemkan rangkaian ejen?
Daftar sebagai brand. Setup rank. Invite team. Mula urus order dan komisen dari satu tempat.
Daftar sekarang